Langkau ke Kandungan Utama

Haruman yang menggembirakan,
ramuan yang anda boleh percayai

Kediaman anda adalah tumpuan kehidupan keluarga anda. Kami boleh membantu menjadikannya lebih istimewa buat anda sekeluarga dengan haruman kami. Di SC Johnson, kami meluangkan lebih daripada 50 tahun untuk mengkaji tentang haruman dan mencari cara paling baik untuk menggunakannya di rumah anda. Bauan yang sempurna mampu menaikkan mood, memberi tenaga kepada keluarga dan menjadikan rumah anda tampak lebih bersih.

Pendedahan Haruman Khusus Produk Kami

Apabila anda mempunyai soalan mengenai produk yang anda gunakan di rumah anda, kami ingin membantu. Malah, kami ingin memberikan maklumat sebanyak yang mungkin atau lebih banyak daripada yang diberikan oleh syarikat lain, jadi anda boleh membuat pilihan yang paling bijak untuk keluarga anda. Itu sebabnya pada tahun 2015, SC Johnson telah menjadi syarikat utama pertama yang menyediakan ketelusan khusus produk tentang ramuan haruman.

Kami kini telah berkongsi lebih daripada 99.99% ramuan dalam kebanyakan formula produk supaya anda boleh mengetahui dengan mudah apa yang dicampurkan ke dalam setiap produk.

Oleh kerana kami percaya dalam ketelusan haruman, SC Johnson telah menerbitkan senarai lengkap ramuan haruman yang telah diluluskan selama beberapa tahun untuk mendorong ketelusan korporat. Tetapi disebabkan pembekal haruman menganggap resipi haruman mereka sebagai maklumat sulit perniagaan, rundingan perlu dilakukan bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi senarai bahan khusus bagi produk individu. 
 
Namun kami telah berjaya melakukannya. Kami meyakinkan pembekal kami untuk berkongsi sebahagian besar ramuan haruman dalam produk dengan merahsiakan sebahagian kecil lagi yang dikelaskan sebagai maklumat sulit. 

Hasilnya, kami sekarang dapat menyenaraikan semua bahan kimia haruman hingga .01% daripada jumlah formula produk. Untuk melihat perkara ini mengikut perspektif, ia seperti berkongsi duit berjumlah $100 dengan hanya 1 sen tidak dikongsi.
 
Kadang-kala, jumlah haruman dalam keseluruhan produk adalah sangat kecil sehingga walaupun kami mendedahkan 99.99% daripada jumlah formula produk, ia masih tidak memenuhi standard kami untuk memberikan maklumat yang mencukupi. Dalam situasi-situasi itu, kami menyenaraikan 10 ramuan haruman teratas, dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya 20 ramuan yang ada. 
 
Kami sentiasa cuba untuk memilih cara pendedahan yang memberikan anda senarai yang paling panjang dan maklumat yang paling banyak. Dan kami amat berterima kasih dengan para pembekal kami kerana bekerjasama dengan kami dan menjayakan pendedahan produk ini.

Palet Haruman Kami

Haruman adalah kreatif dan rumit. Banyak syarikat yang membangunkan haruman mereka daripada lebih kurang 3,500 jenis bahan haruman. Anda boleh klik di sini untuk melihat senarai diterbitkan oleh Persatuan Haruman Antarabangsa (IFRA) yang menunjukkan ramuan haruman yang digunakan dalam produk pengguna di seluruh dunia. Setiap satunya mesti digunakan mengikut standard dan Kod Penggunaan IFRA.

Di SC Johnson, kami membuat semakan semula ramuan haruman menjadi lebih baik. Kami tidak hanya menilai mengikut standard IFRA sahaja tetapi juga standard dalaman kami yang mungkin mempertimbangkan sesuatu ramuan itu dari sudut berbeza. Kami mulakan dengan senarai IFRA dan kemudian gunakan syarat dalaman kami sendiri.

Analisis dalaman kami melihat pada kriteria yang sama dengan IFRA seperti kekarsinogenan, kemutagenan atau ketoksikan reproduktif tetapi kami mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai sesuatu ramuan. Ada masanya, kami turut mengambil kira faktor tambahan seperti keyakinan pengguna dengan ramuan itu atau pandangan saintifik yang lain.  

Hasilnya adalah Palet haruman SC Johnson yang menepati standard IFRA dan standard dalaman kami. Ia lebih pendek dan lebih eksklusif daripada senarai IFRA. Kami mengeluarkan lebih kurang 2,000 ramuan berpotensi daripada palet ramuan haruman kami. Terokai Palet Haruman penuh kami di sini.

Penting untuk mengetahui yang analisa ramuan adalah proses yang berterusan. Jika ada maklumat saintifik baru muncul, kami akan menilai kesahihannya dan membuat perubahan yang sesuai kepada palet haruman kami.

Pakar Keselamatan dan Produk

Tambahan kepada berdekad lamanya kepakaran kami dalam bidang haruman, SC Johnson adalah ahli kepada  Institut Penyelidikan Bahan Haruman (RIFM) yang mempunyai pangkalan data yang paling komprehensif dari seluruh dunia tentang penilaian keselamatan bagi bahan haruman. Ia adalah organisasi industri dan menggunakan khidmat panel pakar bebas. Standard keselamatan industri diselenggara oleh IFRA menggunakan data daripada RIFM.

Kami meminta pihak pembekal bahan haruman supaya mematuhi  Kod Penggunaan dan standard IFRA  yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk komposisi kimia, kepelbagaian penggunaan, jumlah dan kepekatan penggunaan dan sebagainya. Buat masa ini, standard IFRA menyekat penggunaan lebih daripada 170 bahan disebabkan oleh profil kimia bahan tersebut.