Langkau ke Kandungan Utama

CIT/MIT 3:1 (Methylchloroisothiazolinone & Methylisothiazolinone)

Takrifan

CIT/MIT 3:1 (Methylchloroisothiazolinone & Methylisothiazolinone) merupakan pengawet yang melindungi formula produk daripada bakteria, kulat dan yis untuk mengekalkan kualiti dan prestasi produk. Sesetengah orang membangkitkan kebimbangan mengenai bahan pengawet kerana sebilangan kecil individu mempunyai alahan kepada bahan ini, sama seperti sesetengah orang mempunyai alahan kepada kacang atau lebah. Tetapi, bahan pengawet memainkan peranan yang amat penting dalam makanan, kosmetik dan produk isi rumah. Tanpa bahan pengawet, banyak produk tidak akan bertahan lebih daripada satu atau dua minggu sebelum dicemari oleh bakteria, kulat atau yis. Jadi, pilihan terbaik ialah dengan menambah bahan pengawet dalam kuantiti berkesan yang paling sedikit untuk melindungi produk kami tetapi menyenaraikan bahan-bahan pengawet ini dalam formula kami supaya mereka yang mempunyai alahan kepada bahan ini dalam keluarga boleh membuat pilihan yang termaklum.