Langkau ke Kandungan Utama

Tanggungjawab Adalah Tradisi Keluarga Kami

Sebagai syarikat keluarga anda yang berusia 131 tahun, kami memahami setiap keputusan yang diambil hari ini akan membentuk dunia pada masa hadapan. Daripada kandungan ramuan dalam produk sehingga cara kami menjalankan perniagaan, kami komited untuk bekerja setiap hari bagi melakukan yang paling baik untuk manusia, planet ini dan generasi akan datang.

Di SC Johnson kami komited untuk:

  • Menghormati pengguna dan menyokong hak asasi manusia sejagat.
  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan berkenaan produk dan pembuatannya.
  • Memilih ramuan menggunakan proses Greenlist SC Johnson.
  • Mengurangkan pelepasan, buangan dan penggunaan fosil bahan api serta meminimumkan kesan tapak pelupusan.
  • Mencapai bersih sifar penebangan hutan menjelang 2020 melalui penyumberan secara mapan pulpa, kertas, pembungkusan dan kelapa sawit. 
  • Menyumbang kepada komuniti tuan rumah melalui usaha kedermawanan dan kesukarelawan.

Kami memberi kembali

Sejak tahun 1937, syarikat ini telah menyumbangkan 5 peratus daripada semua keuntungan sebelum cukai kepada badan-badan kebajikan termasuk: pembangunan komuniti dan ekonomi; pendidikan; alam sekitar dan kelestarian; khidmat sosial; kesihatan dan kesejahteraan; dan seni, kebudayaan dan kemanusiaan. Selain itu, yayasan kebajikan kami, SC Johnson Giving, Inc., sudah menyokong pelbagai komuniti di negara syarikat kami beroperasi selama hampir 60 tahun. Ini melanjutkan kesan umum pihak syarikat yang sudah menjaga kebajikan berterusan bermula sejak beberapa dekad lebih awal.

Kami sedang membuat perubahan

Kini, kami mempunyai 15 inisiatif tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia untuk membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kami. Ini termasuk penggunaan kuasa angin di Amerika Syarikat, Belanda, Poland dan Mexico, menggunakan metana dari tapak pelupusan awam di A.S, tenaga solar di China, Belanda, India, dan Indonesia dan sisa pembakaran biomas di Indonesia sebagai sumber bahan api untuk memanaskan air bagi pengeluaran gegelung ubat nyamuk.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami melabur untuk aspek kemanusiaan dan planet ini, lawat Laporan Pemapanan dalam talian kami di sini.