Langkau ke Kandungan Utama

Menetapkan

Standard yang Lebih Tinggi

Apabila anda membeli produk SC Johnson, anda boleh berasa yakin bahawa produk kami memenuhi standard kerajaan yang sedia ada serta standard ketat kami untuk kesihatan dan kesan alam sekitar. 

Standard dalaman kami

Sejak 2001, program pemilihan ramuan SC Johnson Greenlist telah membimbing pembangunan produk syarikat ini. Program Greenlist membantu syarikat ini menghasilkan produk yang lebih baik secara berterusan dengan memilih ramuan bagi melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.

Program Greenlist adalah lebih terperinci berbanding panduan yang ditetapkan oleh undang-undang. Pelaburan yang sangat banyak diperlukan untuk meluangkan masa dan menggunakan sumber untuk menentukan ramuan yang digunakan. Tetapi ia adalah komitmen kami untuk keluarga pengguna yang menggunakan produk kami: Kami akan sentiasa membuat keputusan yang paling tepat dan dengan menggunakan maklumat ini, kami akan menentukan cara untuk menjadikan produk kami berkesan dan selamat.

Program Greenlist SC Johnson

Setiap ramuan dalam setiap produk SC Johnson diperiksa dengan teliti melalui program Greenlist. Idea utamanya adalah berasaskan sains, penilaian empat langkah yang mengambil kira kesan bahaya dan risiko. Ia adalah berdasarkan pengumpulan data terbaik dan didorong oleh komitmen kami untuk menjadikan produk kami lebih baik.

Pada asasnya, penilaian empat langkah dalam program Greenlist mengambil kira kriteria ini:

  1. Kesan bahaya pada kesihatan manusia yang kronik, seperti potensi penyebab kanser atau penyakit berkaitan pembiakan
  2. Kesan bahaya jangka masa panjang kepada alam sekitar, bermaksud potensi untuk bertahan, berkumpul dan menjadi toksik dalam alam sekitar
  3. Risiko akut kepada kesihatan manusia dan alam sekitar, seperti ketoksikan mamalia dan akuatik
  4. Kesan lain yang mungkin berlaku, sebagai contoh sama ada ramuan itu boleh menyebabkan tindak balas alahan kepada kulit  

Kami mengambil berat untuk memilih ramuan yang melepasi setiap langkah dalam proses penilaian empat langkah kami. Terdapat sebilangan kecil kes di mana ramuan terbaik seperti bahan aktif dalam racun serangga, mungkin gagal dalam salah satu langkah ini. Jika perkara tersebut berlaku, ramuan tersebut perlu melalui penilaian risiko untuk menentukan tahap yang selamat kepada manusia dan alam sekitar. Kemudian, kami akan mengenakan langkah keselamatan yang lebih tinggi.

MENETAPKAN STANDARD UNTUK KESELAMATAN

Sebarang ramuan yang berpotensi di Bumi — termasuk oksigen dan air — boleh menjadi toksik pada jumlah yang tinggi. Jadi, setiap ramuan dalam produk SC Johnson mesti diperiksa bagi menentukan kuantiti tahap selamat dan tidak selamat. Sudah semestinya ada standard industri untuk keselamatan. Tetapi di SC Johnson, kami membawa penilaian ini lebih jauh.

Kami bermula dengan penilaian kesan bahaya menggunakan maklumat daripada pengumpulan data kami yang berterusan. Sekiranya terdapat kesan bahaya yang berpotensi, kami menilai ramuan untuk menentukan jika ianya boleh digunakan, atau tahap kepekatan yang boleh digunakan, tanpa mendatangkan kesan buruk yang diketahui kepada kesihatan manusia atau alam sekitar. Itu adalah tahap selamat.

Kemudian, kami melakukan penilaian tambahan yang memfokuskan kepada pendedahan. Ahli sains SC Johnson melihat cara produk sepatutnya digunakan dan cara ia mungkin digunakan oleh pengguna. Kami mengambil kira cara penggunaan secara meluas dan lebih daripada itu, dalam memilih ramuan yang kami akan gunakan dan tahapnya.

Sebagai contoh, untuk produk pembersihan yang biasanya digunakan seminggu sekali, kami melangkaui batas penggunaannya. Kami mengkaji tahap pendedahan kepada ramuan, beranggapan ia digunakan bukan hanya sekali, tetapi banyak kali dalam sehari. Kami juga mengambil kira pelbagai cara pengguna menggunakannya atau terdedah dengan produk, seperti produk pembersih kaca yang digunakan di atas kaunter dapur untuk menyediakan makanan. Kami mengambil kira semua senario penggunaan itu dan akan melihatnya dengan lebih mendalam bagi menghasilkan faktor keselamatan yang lebih konservatif. 

Bagi setiap senario, matlamat kami adalah untuk menentukan tahap konservatif “lebih selamat dari selamat”. Kemudian, ia akan digunakan sebagai kepekatan yang dibenarkan bagi ahli sains SC Johnson untuk meneruskan pembuatan produk.

SEMUANYA BERMULA DENGAN DATA

Program Greenlist adalah berdasarkan usaha yang teliti dan berterusan untuk mengumpul data terbaik bagi ramuan yang berkaitan dan kesannya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Ia termasuk menilai maklumat pembekal dan menyediakan maklumat yang tidak diketahui dengan data yang tersedia secara umum, dan telah dikaji dengan teliti secara saintifik.

Setiap ramuan dinilai berdasarkan setiap kriteria dalam penilaian empat langkah kami. Penilaian kesan bahaya dilakukan oleh panel pakar luar yang memberikan penilaian saintifik yang tidak berat sebelah bagi setiap ramuan.

Semua perkara ini diambil kira semasa kami menghasilkan produk baru atau menjadikan produk sedia ada lebih baik. Selain itu, kami sentiasa mengemas kini maklumat apabila terdapat maklumat baru dalam bidang sains.

Ini adalah contoh sumber data yang tersedia secara umum yang kami gunakan:

ECHA – Agensi Bahan Kimia Eropah, maklumat mengenai bahan kimia

TOXNET – Pangkalan data Institut Kesihatan Kebangsaan A.S. berkenaan toksikologi, bahan kimia berbahaya, kesihatan alam sekitar dan pelepasan toksik

Portal eChem – Data dari Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan sifat bahan kimia

CA Prop 65 – Senarai bahan kimia California Proposition 65 yang diketahui sebagai penyebab kanser, kecacatan kelahiran atau kerosakan berkaitan pembiakan yang lain

INCHEM – Program Antarabangsa dalam tapak Keselamatan Bahan Kimia bagi maklumat keselamatan daripada pertubuhan antara kerajaan

ToxCast/EDSP 21 – Program Penyaringan Gangguan Endoktrin Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S
 

Prinsip bagi batasan dan penggunaan

SC Johnson mengekalkan senarai ramuan yang tidak dibenarkan dalam produk kami. Senarai ini dinamakan senarai “Tidak Dibenarkan”. Ia merangkumi lebih 200 bahan mentah unik dengan anggaran kasar sebanyak 90 kategori. Kesemua bahan ini mematuhi undang-undang dan keperluan peraturan — dan sering digunakan oleh pesaing kami. Tetapi ia tidak memenuhi standard SC Johnson.

Undang-undang dan Peraturan Kerajaan

Kami mereka cipta produk untuk menepati semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa termasuk:

  • Akta Perlindungan Pengguna, yang menyediakan perlindungan bagi pengguna berkaitan dengan barang dan perkhidmatan.
  • Tataamalan Pengiklanan, yang melarang pengiklanan yang mengelirukan dan memperdayakan.
  • Akta Racun Perosak, yang mengawal selia dan mengawal perkilangan, penjualan, penggunaan, penyimpanan dan pengedaran racun perosak.
  • Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan), yang mengawal selia pewasapan premis dan barang dengan hidrogen sianida.
  • Akta Kualiti Alam Sekitar, yang mengawal selia kualiti alam sekitar melalui pencegahan, pengurangan, pengawalan pencemaran dan peningkatan alam sekitar.
  • Akta Racun, yang mengawal selia import, pemilikan, perkilangan, penyebatian, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan racun tertentu.
  • Garis Panduan CIPAC, WHO, FAO, OECD, iaitu garis panduan yang merangkumi produk racun perosak yang dikeluarkan oleh Kerjasama Majlis Analitis Racun Perosak Antarabangsa, Organisasi Kesihatan Sedunia, Organisasi Makanan dan Pertanian PBB dan Organisasi bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
  • Dan juga peraturan lain yang boleh diguna pakai untuk produk atau jenis produk yang tertentu.