Langkau ke Kandungan Utama

Propyl Paraben

Takrifan

Propyl Paraben merupakan pengawet. Ia membantu mengekalkan kualiti dan prestasi produk dengan lebih lama. Sesetengah orang membangkitkan kebimbangan mengenai bahan pengawet kerana sebilangan kecil individu mempunyai alahan kepada bahan ini, sama seperti sesetengah orang mempunyai alahan kepada kacang atau lebah. Tetapi, bahan pengawet memainkan peranan yang amat penting dalam makanan, kosmetik dan produk isi rumah. Tanpa bahan pengawet, banyak produk tidak akan bertahan lebih daripada satu atau dua minggu sebelum dicemari oleh bakteria, kulat atau yis. Oleh itu, kami rasa pilihan yang terbaik ialah untuk menambah bahan pengawet dalam kuantiti berkesan yang paling sedikit untuk melindungi produk kami dan kami akan menyenaraikan bahan pengawet ini dalam formula kami supaya mereka yang mempunyai alahan dalam kalangan anggota keluarga boleh membuat pilihan yang bijak.